TEORI PEMBELAJARAN PENERIMAAN DAVID AUSUBEL
David Ausubel merupakan seorang ahli psokologi amerika dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran dalam pendidikan sains. Beliau terkenal dengan teori pembelajaran secara penerimaan. Menurut beliau pembelajaran bermakna apabila bahan pengajaran yang digunakan juga merupakan bahan yang bermakna. Bahan yang bermakna ini pula tergolong kepada dua aspek iaitu, teks pengajaran dan juga aspek penyampaian ilmu oleh guru. Menurut Ausubel gabungan kedua-dua aspek ini menjadikan bakal menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Hal ini demikian kerana, murid memperolehi banyak maklumat yang dapat dikuasai secara serentak melalui bahan pembelajaran yang berkesan iaitu melalui teks dan juga penyampaian ilmu oleh guru.
Menururt Ausubel, pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana murid itu sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamannya. Selain itu, bahan-bahan pembelajaran yang dipelajarinya juga adalah bermakna untuknya. Sekiranya murid hanya mempunyai tujuan untuk menghafal sahaja, maka hasil pembelajaran adalah berupa hafalan dan tidak bermakna. Menurut Ausubel, terdapat dua syarat untuk menjadikan pembelajaran nelalui penerimaan ini menjadi bermakna. Syarat pertama ialah, murid mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran. Manakala syarat kedua pula ialah pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif murid harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.
Ausubel juga menggariskan beberapaperkara yang mengganggu pembelajaran yang bermakna antaranya peringkat perkembangan kognitif murid yang masih rendah bagi memahami konsep pembelajaran yang lebih kompleks. Kekurangan motivasi untuk mendorong murid supaya dapat mempelajari konsep pembelajaran dengan bermakna. Stategi pembelajran secara menghafal formula, teori, definisi, langkah-langkah penyelesaian masalah akan mengganggu pembelajran bermakna kerana ia hanya menggalakkan pembelajran secara hafalan yang tidak bermakna.
Disamping itu, Ausubel berpendapat, pembelajaran adalah bergantung kepada pengetahuan asas samaada dalam bentuk pengetahuan sedia ada dan persembahan maklumat umum. Ini adalah kerana pengetahuan sedia ada dapat membantu seseorang memahami sesuatu topik pembelajaran yang sedang dipelajarinya. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sudah memahami konsep penambahan dalam matematik apabila diajar mengenai pendaraban, mereka akan lebih mudah memahami konsep pendaraban berbanding murid-murid yang belum menguasai konsep penambahan. Murid-murid yang sudah mempunyai pengetahuan sedia ada menegenai konsep penambahan akan mudah memahami bahawa pendaraban adalah satu proses penambahan sesuatu bilangan secara berterusan. Murid yang telah mempunyai pengatahuan asas dan maklumat umum mengenai sesuatu topik yang sedang dipelajarinya lebih mudah memahami topik pembelajaran itu kerana mereka mampu untuk mengaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang mereka miliki.
Kajian Ausubel telah mengahasilkan satu konsep penting dalam pengajaran pembelajaran iaitu, Advance Organizer. Advance Organiser (AO) bermaksud pengurusan atau pendedahan awal. Menerut Ausubel, AO perlu diberikan kepada murid sebelum sesuatu pengajaran sebenar dilakukan. Ini bertujuan untuk memastikan murid mendapat pendedahan awal mengenai topik pengajaran yang akan berlaku selepas ini. Selain itu, AO juga membolehkan murid mempelajari perkara-perkara asas yang berkaitan dengan topik yang bakal dipelajarinya nanti. Memahami perkara-perkara asas mengenai topik pembelajaran yang akan dipelajari akan membantu murid untuk memahami topik pelajaran sebenar secara lebih mendalam. Sebagai contoh guru ingin mengajar topik ukuran kepada murid. Oleh itu, guru harus memastikan murid-muridnya dapat membuat perbandingan terhadap saiz fizikal, kuantiti dan nilai benda tanpa melibatkan unit ukuran. Contohnya, guru memberikan beberapa kayu yang berwarna dan berlainan saiz kepada murid. Murid dikehendaki membanding bezakan kepanjanagn kayu tersebut dengan dibimbing oleh guru untuk menyebut perkataan seperti, “kayu merah lebih panjang daripada kayu hijau”, “lilin kuning lebih pendek daripada lilin biru”,dan pokok kelapa lebih tinggi daripada pokok limau. Kebolehan untuk memenyususn dan membandingkan benda mengikut saiz panjang adalah kefahjaman asas yang perlu dimiliki oleh murid untuk mempelajari tajuk ukuran.
Terdapat dua jenis AO yang diperkenalkan oleh Ausubel. Iaitu, AO perbandingan atau komparatif dan AO ekspositori. AO perbandingan merujuk kepada perkaitan antara maklumat baru dengan maklumat sedia telah dimiliki oleh murid. Pengetahuan sedia ada akan digunakan oleh murid untuk mempelajari maklumat baru. Manakala AO ekspositori pula diberi oleh guru jika murid belum mempunyai pengetahuan sedia ada meneganai topik pemblajaran yang bakal dipelajari. Dengan kata lain, AO ekpositori merupakan maklumat umum yang diberikan kepada murid selum pembelajaran maklumat khusus. Ia bertujuan memudahkan murid untuk menerima maklumat baru kelak.
David Ausubel telah mengemukakan stategi pembelajaran penerimaan yang bermakna. Melalui stategi ini, guru merupakan individu yang memainkan peranan penting bagi membina stuktur kognitif murid. Pengajaran harus bercorak daripada sesuatu yang umum kepada khusus dengan menggunakan AO. Stategi pembelajaran adalah seperti berikut:
1. Persembahan Advance Organiser.
Persembahan AO dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti pernyataan, perbincangan pembelajaran yang berkaitan dengan topik baru yang bakal dipelajari dan juga memperkenalkan bahan-bahan baru yang bakal digunakan oleh murid dalam pembelajaran seterusnya. Tujuan utuma mempersembahkan AO ialah untuk menggerakkan struktur-struktur kognitif murid yang sedia ada supaya pembelajaran baru dapat diintergrasikan dengan pengetahuan sedia ada murid. Sebagai contoh, guru ingin mengajar topik betuk kepada murid-murid. Guru perlu memperkenalkan kepada murid bentuk-bentuk asas seperti segi empat, segi tiga dan juga bulat. Contoh yang diberikan mestilah berbentuk konkrit selain ia merupakan benda yang berada disekeliling mereka seperti bola yang boleh digunakan untuk menggambarkan bentuk bulat. Selain itu, guru-guru harus menyoal mereka mengenai bentuk-bentuk yang mereka tahu. Kaedah ini akan membantu guru untuk mengetahui pengetahuan yang sudah dimiliki oleh murid-murid mereka.
2. Perhubungan Konsep
Bagi menjadikan sesuatu pembelajaran itu bermakna, guru mesti menolong muridnya menggabungkan sturuktur kognitif sedia ada dengan struktur yang baru diajar. Pembelajaran yang baru mestilah dikaitrapatkan dengan dengan struktur kognitif yang telah mereka miliki.
3. Pembezaan progresif
Pembezaan progresif merupakan persembahan bahan-bahan terancang daripada umum kepada ciri-ciri spesifik dan lebih terperinci. Contohnya, guru hendak mengajar mengenai ciri-ciri segi empat. Terlebih dahulu guru perlu memperkenalkan konsep sisi segi empat. kemudian memperkenalkan ciri-ciri spesifik bagi segi empat.
4. Penyesuaian secara intergrasi
Tajuk-tajuk pembelajaran yang ingin diajar oleh guru perlulah diubahsuai dan diintergarsikan dengan maklumat yang telah dipelajari dahaulu. Ini bertujuan supaya topik pembelajaran yang baru boleh dihubungkaitkan dengan topik pembelajaran yang telah dipelajari oleh murid sebelum ini. Penyesuaian intergrasi melibatkan perkaitan fungsi atau peranan antara kedua-dua topik pembelajaran yang diajar oleh guru. Sebagai contoh, murid menghubungkaitkan unit-unit ukuran yang diajar oleh guru dengan proses menyukat cecair.
http://milandows.blogspot.com/2011/08/teori-pembelajaran-penerimaan-david.html
No comments:
Post a Comment